Penyelesaian Pengurusan &
Agihan Harta Yang Sistematik

Kami komited membantu anda merancang legasi dengan sistem patuh Syariah yang mudah, telus, dan profesional.

Bagaimana Kami Boleh Membantu Anda?

Al-Wasitah (Khairat)

Bermula RM65/bulan untuk pengurusan pusaka yang menyeluruh. Persiapkan diri sekarang supaya waris tidak terbeban dengan kos tuntutan yang mahal di kemudian hari.

Pengurusan Pusaka

Harta keluarga tersangkut atau beku bertahun-tahun? Kami bantu uruskan proses turun milik harta si mati secara telus dan sistematik bagi memastikan hak waris diselesaikan dengan segera.

Hibah Harta

Pastikan kebajikan yang tersayang terpelihara melalui pemberian harta mengikut hasrat anda. Miliki dokumen hibah bermula RM2,100 untuk memastikan pemberian terlaksana secara sah dan teratur."

Wasiat & Amal Jariah

Rancang agihan harta sebagai Infaq berterusan buat masyarakat. Miliki dokumen wasiat yang sah bermula RM400 untuk memastikan pesanan terakhir anda terlaksana demi menjamin pahala jariah yang tidak terputus.

Pengurusan Harta Amanah

Lindungi masa depan waris bawah umur atau anak istimewa melalui pengurusan dana yang selamat. Kami pastikan kebajikan mereka terjamin mengikut mandat dan hasrat yang anda tetapkan.

Pewarisan PERNIAGAAN

Jangan biarkan empayar perniagaan anda runtuh atau terhenti sekiranya berlaku risiko luar jangka. Kami bantu kekalkan kelangsungan operasi dan lindungi hak pemegang saham serta legasi anda.

4 Langkah Mudah Miliki Dokumen Pewarisan Sah

LANGKAH 1:
Khidmat Nasihat

Sesi konsultasi peribadi untuk memahami struktur harta, hasrat dan keperluan anda.

LANGKAH 2:
Penyediaan Solusi

Kami sediakan cadangan perkhidmatan pewarisan berdasarkan hasrat, keperluan dan kemampuan anda.

LANGKAH 3:
Penyediaan Dokumen

Segala urusan penyediaan draf dokumen rasmi dilakukan secara profesional oleh pakar kami.

LANGKAH 4:
Akad & Tandatangan

Sesi akad hibah dan tandatangan dokumen untuk pengesahan undang-undang yang sah dan selamat.

"Kami memahami bahawa setiap keluarga mempunyai situasi yang berbeza. Sebab itu, proses kami direka supaya lebih fleksibel, mudah difahami, dan yang paling penting, memastikan setiap hasrat anda didokumentasikan dengan sempurna tanpa sebarang keraguan."

Jangan Biarkan Perancangan Anda Sekadar Niat.
Klik butang di bawah untuk mulakan Langkah 1 hari ini. Biar kami bantu mudahkan perancangan anda dan orang tersayang.

JOM MULA LANGKAH PERTAMA SEKARANG